Senja melabuhkan tirai.Nun di seberang lautan mentari senja seolah-olah membenamkan diri ditengah lautan.Berakhir sudah petang ini.Malam pula membuka cerita.
Gadis manis yang bertahi lalat di hujung bibir itu masih tidak berganjak dimuka tingkap.Sambil menongkat dagu dia terus termenung.Lenguh tangan kiri dia beralih pula ke tangan kanan.Sesekali dia menegeluh kecil.Tapi kali ini keluhannya agak kuat.Bukan niatnya untuk terus-terusan begitu tapi rasa marah masih menghantui dirinya.
Dia sering termenung sambil memerhatikan ketenangan laut, mentari dan ombak-ombak kecil yang menghempas pantai.Malah masanya banyak dihabiskan begitu.Tidak kira siang atau malam, pantai tetap menggamit pandangannya.Merasakan dirinya amat bertuah kerana memiliki rumah di tepi pantai.Terasa tenang acap kali bayu menyapa pipi.Bagaimanapun ketenangan itu telah dinodai oleh peristiwa tempoh hari.
“Ombak dan pantai tak dapat dipisahkan lagi.Ombak terus-terusan menghempas pantai.Adakalanya hempasan itu seolah-olah mndendami pantai.Ada masanya hempasan itu bagaikan menyayangi pantai ibarat menatang minyak yang penuh.Namun pantai setia menanti tanpa mengetahui di mana titik nokhtahnya.Dan akhirnya ombak sedar dia dan pantai tidak dapat dipisahkan lagi,”kata Haris.
Sesekali dia mengeluh.Haris menjeling wajah Balqis.Seorang gadis yang pendiam, lebih suka bersendirian dan seorang pencinta ombak dan pantai yang setia.Tidak hairanlah rumah di tepi pantai itu menjadi pilihannya.Walhal rumah itu jauh dari tempat kerja jika dibandingkan dengan rumah lamanya.Malah kos rumah itu juga tinggi.Haris menyambung kata-katanya yang tergendala tadi.
“Begitu juga hubungan kita, ayah dan ibu.Akan berpanjangan ke akhir zaman.Tiada kesudahannya.air dicincang takkan putus Balqis.”
“Memanglah takkan putus.Air itu cecair bukannya benang yang boleh digunting-gunting.”Balqis meninggikan suaranya.Tidak pernah lagi dia berbuat begitu setiap kali bercakap dengan Haris.Tapi kali ini kelakuannya berbeza sekali.Dari gadis yang lembut dan bersopan santun dia menjadi gadis yang kasar.
Haris menggelengkan kepala. “Kau masih tak menegerti atau….”
“Memang aku tak faham!”Belum sempat Haris menghabiskan kata-katanya,Balqis terlebih dahulu memotong.
Bukan dia tidak mengerti tapi sengaja dibuat-buat.Terima kasih kerana beri nasihat tapi saya tak memerlukannya, thank you, thank you, Balqis senyum sendirian.
“Abang tak tahu apa yang kau fikirkan dan apa yang tersirat dihatimu Balqis.Tapi sampai bila kau hendak mendendami mereka?”soal Haris.Balqis terdiam seketika.
“Selagi luka dihati berdarah!”Balqis mengetap bibir.Suaranya bernada rendah.Tidak lagi menengking-nengking seperi tadi.
“Abang tahu mereka bersalah, tapi takkan tak ada langsung peluang untuk mereka menebus kesilapan lalu.Sedangkan Rasullulah sendiri dapat memaafkan umatnya lagikan kita.”
“Ada tu ada tapi buat apa beri kalau peluang itu tipis dan yang pastinya takkan berjaya.Buang masa aje,”tegas Balqis.
“Tapi kau lupa Balqis, mereka itu ibu bapa kandungmu.Ibu yang melahirkan kau dan nama kau berbintikan ayah.”
“Abang jangan lupa.Mereka juga yang berkeras untuk menyerahkan saya kepada Pak Osman walaupun arwah nenek melarang keras.”
Terdiam Haris apabila mendengar kata-kata adiknya.Benar apa yang Balqis katakan.Dia tidak berbohong.Sedaya upaya Balqis menahan air matanya daripada jatuh.
“Tak payahlah abang membuang masa dan tenaga untuk memujuk saya supaya menabur benih kasih kepada ibu.Sesungguhnya saya takkan menjilat kembali apa yang saya ludahkan!”Balqis benar-benar marah.
“Kau ni betul-betul keras hati Balqis!”Tempik Haris.Terkejut Balqis.Tidak pernah Haris menengking Balqis.Tapi kali ini Haris berang dengan kata adiknya.
Air mata yang keluar tidak disekanya.Dibiarkan meleleh menjamah pipinya yang gebu itu.Dia tidak berniat untuk menyakiti hati abangnya.”Suka hati kaulah Balqis. Buatlah apa yang kau suka.Kau pun sudah dewasa bukan lagi kanak-kanak.Lagipun siapalah abang yang kau nak turuti nasihat.Tapi ingat ayah dan ibu benar-benar menyesal.”Haris terus mengorak langkah meninggalkan Balqis bersendirian.
Balqis masih lagi memerhatikan laut.Dilihat jam ditangan hampir tengah malam.Namun matanya tidak lagi memaksa dirinya tidur.Fikirannya berkecamuk dan runsing.Apa yang harus aku lakukan.Ya Allah, bantulah hambamu ini.Balqis mundar-mandir di depan tingkap.Dia menyingkap cermin kenangan.Dirinya diserahakan kepada Pak Osman , tukang kebun Pak Osman, hanya disebabkan dirinya seorang perempuan.Kebetulan Pak Osman tidak mempunyai anak.Bagi ayah dan ibu Balqis anak perempuan menyusahkan.Kolot benar pemikiran ibu dan yah.Ah!Kenapa tak ditanam hidup-hidup seperti yang dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah dulu.Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Norasyikin berfikiran kolot!!Tiba-tiba Balqis ketawa bersendirian.Lagaknya seperti orang gila.Kemudian dia diam.Disingkap kembali memori lama.Sepanjang dirinya tinggal bersama Pak Osman, hanya arwah nenek dan abang Haris sahaja yang menjenguk Balqis.Sedangkan ayah dan ibu tak ambil pusing tentang dirinya.
Kebenaran bahawa dirinya anak Tan Sri Iskandar, pun diketahui semasa umurnya 16 tahun.Dibocori oleh abangnya Haris.Dengan kuasa Allah, ibunya tidak dapat lagi melahirkan anak kerana barah rahim.
Balqis mengeluh lagi dan masih membuang pandangannya keluar tingkap.Dilihat lagi lautan yang tenang walaupun tak kelihatan kerana ditelan kegelapan malam.Ombak tanpa henti menyeksa pantai.Seolah-olah memperbodohkan kesetiaan pantai.Namun pantai tak pernah berang.Redha dengan hukum alam.Mata Balqis terasa berat.Dia berbaring di atas katil.
Tiba-tiba Balqis tersentak, dikejut mimpi ngeri.Dilihat jam hampir 6.40 pagi.Pantas Balqis bangun mengejar solat Subuh sebelum ketinggalan.Entah bila dia terlelap, Balqis sendiri tidak menyedari.
Selesai sarapan pagi, Balqis terus bertafakur di tepi tingkap sambil memerhatikan mentari yang cuba mengulangi keindahan semalam.Malangnya , seketika kemudian tompokan awan hitam memenuhi kaki langit dan akhirnya titisan air jatuh membasahi bumi.Sama seperti semalam, hujan menyebabkan malam tidak berbintang.
Pagi Ahad begini terasa sungguh bosan.Tambahan pula Balqis bersendirian di rumah itu.Tiba-tiba hati dan perasannya di sentuh oleh kata-kata abangnya.Setelah sekian lama baru kini ibu dan ayah menyesali tindakan mereka yang banyak meninggalkan parut berdarah dihatinya.Setiap kali meningati tindakan ayah dan ibu , hati Balqis bagaikan ditusuk duri.
Teringat pula kata-kata ustaz Badrul Amin, syurga di bawah telapak kaki ibu.Dan baru sebentar abangnya menelefon mengatakan bahawa ibunya sakit.Sesungguhnya Balqis berbelah bagi antara dendam dan tanggungjawabnya sebagai anak.Balqis termangu seketika.Benar, manusia tak mungkin mengubah takdir.Dan apa yang terjadi ke atasku telah ditentukan oleh Allah.Aku harus akur dengan qada’dan qadar.
Balqis mengheret langkah mendekati telefon.Dia mencapai ganggang dan mula mendail, “Hello Jane, Balqis speaking.Please tell Encik Kamaruddin that I will not come to office for 2 days ….thank you.” Balqis mendail lagi.Kali ini telefon bimbit. “Hello abang, ini Balqis. Abang tolong jemput saya di rumah.Saya nak berjumpa dengan ibu.”
Belum sempat Haris bertanya, Balqis memutuskan talian.Haris rasa seperti bermimpi.Sungguh tak diduga.Segera Haris mencapai kunci di atas meja.Mulutnya tak henti-henti memanjatkan kesyukuran.
Balqis di rumah masih lagi membuangkan pandangannya ke laut.Ombak, kau masih lagi menghempas diri ke pantai.Dan pantai setia menanti, walaupun diri perit dihempas ombak.Dan bayu teru-terusan bertiup.Desir bayu berdesirlah, bawakan salamku,bawakan laraku, ke seluruh pelusuk butala ini.
Sabtu, 04 September 2010
Langganan:
Postingan (Atom)